feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
DISCLAIMER r@ullazi Menulis Berpandukan Apa Yang Terlintas Difikiran Secara Spontan. Jika Ada Idea Yang Extreme, Sila Abaikan.

Melbourne-Akhirnya.. F1 2009 start jugak.

Labels:

Dah berbulan2 menunggu, n ' hari neh F1 race yg pertama akan berlangsung jugak.. Kalu tgk kat record practise session smalam, mcm x best je..team2 heavyweight sumenye lingkup..including la BMW Sauber aku..adoi..

BMW x perform lah..

Tapi takpe, mayb sesi qualifying jap lg akan bg result yg berbeza kot..Kpd die-hard-fans F1, bole la tgk sesi kelayakan free kat NTV 7 kol 2 ptg neh..hehehe.. Aku? BMW SAUBER!!

RAUL-Hope BMW Sauber 'ngetop' waktu qualifying.




F1 2009.. Satu dimensi yang baru..

Labels:


Preview Kete F1 08 vs F1 09



Musim F1 2009 akan bermula tak lama lagi.. N' pastinya peminat2 setia F1 tak sabar nak menyaksikan pemandu kesayangan masing2 berlumba kat di litar. Aku boleh la dikatakan 'die-hard-fans' perlumbaan F1 semenjak 1998 lagi..(waktu tu aku mula start kenal team2 hardcore mcm Ferrari, McLaren..team2 intermediate mcm Steward Ford, BAR Honda, Sauber Petronas, Arrows dan Minardi)..

Waktu blajar kat UPM dulu, aku memang x lepaskan peluang utk menyaksikan F1 setiap tahun.. Menjelang race kat Sepang, jenuh aku mencari 'kabel' utk tiket free kesana-sini..terima kasih kepada kawan2 yang telah menjawat jawatan besar dalam Petronas, MOF, Kementerian2 di Putrajaya, Golf Course...Dapat lah aku nengok F1 dari grandstand dengan tiket yang murah!!

Dari musim 1998 sampai lah ke musim 2008, macam2 peraturan dah dikuarkan FIA ntok memeriahkan lagi saingan F1 neh.. N' kadang2 peraturan tu just dicipta untuk menyekat penguasaan pasukan2 Giant (mcm Ferrari n' M. Schumacher, season 1998-2002). Kadang2, rules diubah untuk keselamatan pemandu, sistem mata, menghalang kebergantungan pelumba kepada teknologi (macam kes larangan menggunakan 'traction-control') n' macam2 lagi..

BMW Sauber 2008

BMW Sauber 2009

Aksi BMW Sauber 2008

Aksi BMW Sauber 2009


Tapi, perubahan rules yang paling obvious adalah untuk musim 2009 neh..Macam2 penambahan dari segi teknikal dan tektikal dibuat..N' menjadikan permulaan saingan F1 2009 di Litar Melbourne, Australia satu debaran (utk peminat loyal F1 sahaja..) Antara perubahan yang paling ketara adalah:
  • Aerodinamik
- Sayap depan direndahkan kpd 75 mm (dari 150 mm) dan dilebarkan kpd 1400 mm - 1800 mm (sama lebar dengan kereta).

- Sayap belakang ditinggikan sehingga 150 mm dan dipendekkan kpd 750 mm - 1000 mm.

- Sayap yg mengaruhkan udara kedalam radiator, winglets, chimney jugak diubah kepada lebih kecil.

- Diffuser di belakan kereta dibuat lebih panjang dan lebih tinggi agar ia dapat mengurangkan 'downforce'.

- Perubahan aerodinamik ini secara signifikan mengurangkan 'downforce' yang dihasilkan sewaktu kereta bergerak laju.


  • Tayar
- Tayar slick diperkenalkan semula selepas 10 tahun.

2008-Grooved tyres

2009- Slick Tyres

  • Kinetic Energy Recovery Systems (KERS)
- Berfungsi macam NOS dalam game Need For Speed-Underground. Tenaga berlebihan yang dijana dari proses 'braking' disimpan oleh KERS (melalui flywheel mekanikal atau bateri)..n' kemudian boleh digunakan oleh driver untuk mendapatkan tenaga tambahan/booster.. (power yang digenerate boleh mencecah 80hp!!) Tetapi hanya untuk jgkamasa 7 saat/lap.

  • Enjin
-Putaran enjin (RPM) dikurangkan dari 19000 kpd 18000
-Pelumba cuma boleh pakai 8 engine sahaja utk satu season.


Bnyk lagi sebenarnya perubahan yang dibuat.. tapi 3 perubahan yang diatas cukup utk menunjukkan betapa F1 2009 sangat lain dari tahun yang lepas.. So, bagi kita peminat setia F1, harap satu saingan yang best n mendebarkan utk season 2009 nanti..

;)

RAUL-Enor, tolong konfemkan tiket F1 kat aku secepat mungkin!!



Sharbat Gula..Keunikan Pada Tenungannya.

Labels:

Photo: Afghan girl


Sharbat Gula, dan aku..

Aku sangat minat dokumentari, n' segala rancangan yang membina minda mcm National Geographic, Discovery Channel, Mega Stuctures, Weaponology, Myth Buster n' mcm2 lagi lah..

Satu masa dulu waktu darjah 5-6, slalu layan slot National Geographic (NG) stp malam Jumaat, TV3.. Macam2 lah NG paparkan, dari binatang mcm semut sampailah ke bintang di angkasa lepas. Dalam banyak2 episode, ada satu episode dalam NG yang memaparkan satu fotograf yang boleh diconsiderkan sebagai 'foto yang agung'..pasal kehidupan sorang budak pelarian dari Afganisthan, Sharbat Gula.

Waktu tu, aku x paham kenapa lah gamba budak ni jadi perbualan n' topik hangat satu dunia.. Waktu tu aku buta seni fotografi! N' tak tau pape pn pasal seni fotografi..

Now, aku start berjinak2 ngan seni fotografi semenjak kat UPM lagi n' setelah 'kamcing' ngan 'hardcore2' DSLR Kolej 14, Gaban n' Sin Can.. Diorang introduce aku ke dunia DSLR n macam2 info aku tau pasal DSLR.. Sket2 aku minat.. Aku start search photo yg best2 dari National Geographic, n' aku terpandang wajah garang Sharbat Gula..n' ia membuatkan aku bertanya balik 'apa yang istimewa dgn Sharbat Gula neh??'


Sharbat Gula n' kisah disebaliknya..

Pada December 1984, ada berlaku perang saudara antara Soviet Union (komunis) n' pejuang Islam Afganistan (mujahidin). Akibat perang, beribu2 pelarian Afganistan neh menuju ke sempadan Pakistan utk menyelamatkan diri. Pada masa yang sama NG photographer, Steve McCurry sedang bertugas buat liputan perang kat sana n' pada satu hari dia pergi ke satu khemah yang berfungsi sebagai 'sekolah perempuan'.

Steve McCurry

Lepas masuk khemah tu, Steve McCurry ternampak sorang budak yang 'bermata tajam' tetapi pendiam. Dia approach budak tu utk diambil gambarnya n' budak tu bersetuju. So dia pn 'SNAP' one shot..Setel!! Steve McCurry tak pikir pun gamba tu sangat unik, dia pikir hasil gamba tu x jauh bezanya dgn gamba pelarian yang lain..

Setelah filem tu diproses, apa yang terhasil adalah satu gamba yang tersangat 'rare'!!
Seorang budak perempuan, pelarian pulak tu..sedang merenung dengan pandangan mata yang tersangat tajam. Dengan warna iris matanya yang hijau, tenungannya semacam menceritakan kesengsaraan yang mereka lalui dan kekuatan serta keazaman diorang utk terus hidup! Bertambah lah saham gambar neh!! N' gambar neh telah dijadikan 'cover-page' ntok majalah NG, keluaran June 1985.


Kisahnya sekarang..

Now, baru aku paham kenapa gamba Sharbat Gula neh sangat mahal!! n' aku kongsi cerita neh ngan gaban n' s. can sahaja, or sesapa yang berminat ngan seni fotografi..Coz kalu aku sembang ngan Paan n Khai..Diorang cuma nganga, langsung x 'menyaport' aku..Memang bunbun!!


Sharbat Gula setelah 17 tahun, dia cuma membenarkan 'burka'nya dibuka dengan kebenaran suami n' suaminya ada disisi.

RAUL- Aku teringin ada DSLR sendiri!




Liverpool Menang Lagi??

Labels:


Lately, Liverpool memang x boleh blah. 'Kepoweran' team neh memang membuatkan aku hangin.. Aku akui, Liverpool makin meningkat (disebabkan MU, Arsenal n Chealsea kasi chance...Hahahaha)..

Actually aku x la anti Liverpool, suke..sbb ada 'Spanish-connection' kt team neh..Ada Reina, Torres, Alonso, n Riera.. Cumeny
e aku neh lebih kepada Arsenal.. Hahaha.. Masalah aku ngan Liverpool neh lebih disebabkan masalah peribadi.. Stp kali ada gem Liverpool, mesti aku akn bgado ngan seorang Yang Berhormat Buncit (YB Buncit). Gila2 lah dia sokong Liverpool.. Tang Liverpool memang langsung xde cacat celanya..Free kick lawa lah, crossing power lah, penalty taken mengancam lah..sumenye perfect kalu Liverpool main..Huh!!

Situasi pergaduhan lebih memuncak wak
tu Liverpool kalahkan Real Madrid 5-1!! Bunbun.. Real Madrid, team yang aku poja smenjak zaman skola lagi.. kalah bodoh ditangan Liverpool...Satu kebodohan yang x boleh blah.. N Yang Berhormat Buncit Ketawa Berdekah2..Hampess!! Aku tertekan!!

Match-Draw untuk q/f UEFA Champions League dah keluar..Buat kali ke-5 berturut-turut, Liverpool lawan Chealsea lagi..Hmm, aku predict Liverpool bole go-through ke s/final..Aku predict s/final thn ni antara Liverpool vs BARCELONA!!!!!! (Barcelona dgn mudah boleh kalahkan Bayern Munich 9-0).. N aku bajet, Barcelona akan memadamkan kata-kata bongkak seorang Yang Berhormat Buncit. Hahahahaha...

My prediction!!





Minggu Yang Menyeksakan..Menyetelkan tender!!

Labels:

Aku sedang melalui minggu yang amat menyeksakan now neh.. Ape tak nye, kerja melambak2 terus dihempap atas meja aku..Adoi!! (Mayb balasan kepada pekerja yang selalu 'mengular' dkt 'site'..)

Nway, aku still beruntung coz dapat boss yang sengal2 ubi, hepi go lucky...even duit dia berjuta2, tapi dia x mara2...hepi dpt keje ngan boss cina macam dia..very kind, very humourous, no stress, no pressure!! Even keje membukit!! Mr. Yap, vr good example from u!! hahahaha...
Under peruntukan bajet Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia nak memodenkan prasarana sukan di sekolah-sekolah menengah terpilih di seluruh negara.Kalau dulu, padang sekolah cumalah satu hamparan rumput turf yang terbentang luas, n' tanpa penjagaan profesional..tapi sekarang, kerajaan menitik-beratkan prasarana sukan untuk kebaikan pelajar2..n juga untuk faedah masa depan sukan negara kot!!

Ada 14 sekolah dari seluruh Malaysia yang akan menerima kemudahan kompleks sukan, astaka, balapan sintetik, dan padang bola berkualiti tinggi (dilengkapai dgn systematic subsoil drainage n auto irrigation!!) Sekolah2 tersebut:
  • SMK Tunku Anum, Jitra.
  • SMK Mutiara Impian, Seberang Prai.
  • SMK Syed Hassan, Kangar.
  • SMK Zaaba, K. Pilah.
  • SMK Seri Kota, Melaka.
  • SMK Tun Hussein Onn, Kluang.
  • SMK LKTP Ulu Belitong, Kluang.
  • SMK Seberang Temerloh, Pahang.
  • SMK Bukit Nenas, Setiu.
  • SMK Putra, Kota Bharu.
  • SMK Dato' Peter Majountin, Penampang, Sabah
  • SMK Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak.
  • SMK USJ23, Subang Jaya.
  • SMK Gunung Rapat.
Tugas aku?? Buat quotation, mendesign sub-soil drainage plan, mendesign irrigation layaout, n mendesign pitch-layer yang bersesuaian..
Semua serah kat aku!! Boss? hehehe...dia x tau apa2..dia tau untung saja!! Hati neh membara kalu mengenangkan keuntungan yang bakal dia dapat hasil kerja tangan aku neh...
SmileyCentral.com
Tapi xpe, pelan2 kayuh..gain experience 1st..then i'll doing my own..Ehehehe





Hajjah Hadijah...tenang ye ibuku sayang..

Labels:




Hajjah Hadijah Currently Undergoes Post-Surgerical Treatment at Teluk Intan General Hospital


Dedicated to my moms:

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu




Barca bagai sudah hilang arah

Labels:

MADRID: Ia lebih kepada persoalan mengenai bila, berbanding jika, Barcelona akan memenangi kejuaraan liga bola sepak Sepanyol musim ini tetapi mereka sudah hilang arah kebelakangan ini dengan hanya mengutip satu mata daripada sembilan perlawanan.

Kini terdapat persaingan kejuaraan sebenar dengan Real Madrid.

Barcelona mempunyai kelebihan selesa 12 mata ke atas Real pada 15 Februari lalu tetapi jurang itu sudah mengecil kepada hanya empat mata dalam tempoh tiga perlawanan dengan Barcelona seri menentang Real Betis sebelum kekalahan kepada Espanyol dan Atletico Madrid.

Real pula sudah menghimpun 10 kemenangan berturut-turut untuk memainkan peranan mereka dan berharap untuk terus mengejar Barcelona hari ini dengan kemenangan setempat ke atas Atletico di Santiago Bernabeu.

“Kami hanya empat mata di belakang pendahulu sekarang dan orang berpendapat tugas kami sudah berakhir, tetapi sebenarnya ia baru bermula,” kata jurulatih Real, Juande Ramos.