feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
DISCLAIMER r@ullazi Menulis Berpandukan Apa Yang Terlintas Difikiran Secara Spontan. Jika Ada Idea Yang Extreme, Sila Abaikan.

Barca bagai sudah hilang arah

Labels:

MADRID: Ia lebih kepada persoalan mengenai bila, berbanding jika, Barcelona akan memenangi kejuaraan liga bola sepak Sepanyol musim ini tetapi mereka sudah hilang arah kebelakangan ini dengan hanya mengutip satu mata daripada sembilan perlawanan.

Kini terdapat persaingan kejuaraan sebenar dengan Real Madrid.

Barcelona mempunyai kelebihan selesa 12 mata ke atas Real pada 15 Februari lalu tetapi jurang itu sudah mengecil kepada hanya empat mata dalam tempoh tiga perlawanan dengan Barcelona seri menentang Real Betis sebelum kekalahan kepada Espanyol dan Atletico Madrid.

Real pula sudah menghimpun 10 kemenangan berturut-turut untuk memainkan peranan mereka dan berharap untuk terus mengejar Barcelona hari ini dengan kemenangan setempat ke atas Atletico di Santiago Bernabeu.

“Kami hanya empat mata di belakang pendahulu sekarang dan orang berpendapat tugas kami sudah berakhir, tetapi sebenarnya ia baru bermula,” kata jurulatih Real, Juande Ramos.





0 comments:

Post a Comment