Nostalgia Meriam Buluh, Meriam Palung n Meriam Tanah..
Monday, September 14, 2009 | 0 Comments
I need new joystick..
Friday, September 11, 2009 | 0 Comments
Kini kembali ber'blogging'
Dah lama rasanya aku x bukak blog aku sendiri..sampai sume text HTML expired sbb lama sgt x aktif..
Dulu, waktu nak membuat blog tuh (warna hitam) bukan main lagi, sampai x tido malam..tp after 5 bulan selepas tuh..template dia pon orng dh x leh nampak..chatter's box plak dah lesap ntah kemana..n now, aku create sumthing yang baru, yang lebih kalerful (supaya menarik minat aku sendirik untuk menulis kat blog ni...hehehe =P )
Sedar x sedar, hit kat blog aku neh dah cecah 11000 pengunjung!! Bapak power, padahal aku x pnah update pon...hohoho..Bilangan ni dah jauh melebihi hit blog tunang aku sndiri yang slalu edit blog dia (http://www.eyein-chenta.blogspot.com/)
Dari statistik yang aku semak, rata2 ramai datang melawat blog aku ni datangnya dari negara Indonesia, tgk artikel pasal photo Sharbat Gula..Hmm, tp photo tu memang berhantu pon...hehehe..unik..
Ok, nway..this blog has been changed by myself...from previously 'darkness concept' to the blue one...Hope this may bring good Feng Shui to me and also to the readers...
Enjoy!!
Thursday, September 10, 2009 | 0 Comments
Rimbun keampunan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan
Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan
Friday, June 26, 2009 | 0 Comments
Lelaki n perempuan sangat berbeza...
Hmm, ni just copy-paste dari satu laman web ape ntah (aku dah lupe daa)..Tapi isinya sangat menarik n' boleh dijadikan panduan utk kapel2 macam aku neh..hehehe..Perbezaan antara laki n pempuan..sebenarnya macam langit dan bumi..Bacalah, n buat justifikasi sendiri..
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
- Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian
- Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
- Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
- Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
- Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
- Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
- Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
- Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
- Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
- Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain tak kisahlah scandal, ex-boyfriend, office-mate walaupun dalam gurauan.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
- Fakta diatas memang btol!! I'm a believer..Wednesday, April 01, 2009 | 0 Comments
Melbourne-Akhirnya.. F1 2009 start jugak.
Dah berbulan2 menunggu, n ' hari neh F1 race yg pertama akan berlangsung jugak.. Kalu tgk kat record practise session smalam, mcm x best je..team2 heavyweight sumenye lingkup..including la BMW Sauber aku..adoi..
-Hope BMW Sauber 'ngetop' waktu qualifying.
Saturday, March 28, 2009 | 0 Comments
F1 2009.. Satu dimensi yang baru..
Waktu blajar kat UPM dulu, aku memang x lepaskan peluang utk menyaksikan F1 setiap tahun.. Menjelang race kat Sepang, jenuh aku mencari 'kabel' utk tiket free kesana-sini..terima kasih kepada kawan2 yang telah menjawat jawatan besar dalam Petronas, MOF, Kementerian2 di Putrajaya, Golf Course...Dapat lah aku nengok F1 dari grandstand dengan tiket yang murah!!
Dari musim 1998 sampai lah ke musim 2008, macam2 peraturan dah dikuarkan FIA ntok memeriahkan lagi saingan F1 neh.. N' kadang2 peraturan tu just dicipta untuk menyekat penguasaan pasukan2 Giant (mcm Ferrari n' M. Schumacher, season 1998-2002). Kadang2, rules diubah untuk keselamatan pemandu, sistem mata, menghalang kebergantungan pelumba kepada teknologi (macam kes larangan menggunakan 'traction-control') n' macam2 lagi..
- Aerodinamik
- Tayar
- Kinetic Energy Recovery Systems (KERS)
- Enjin
-Pelumba cuma boleh pakai 8 engine sahaja utk satu season.
Bnyk lagi sebenarnya perubahan yang dibuat.. tapi 3 perubahan yang diatas cukup utk menunjukkan betapa F1 2009 sangat lain dari tahun yang lepas.. So, bagi kita peminat setia F1, harap satu saingan yang best n mendebarkan utk season 2009 nanti..
;)
-Enor, tolong konfemkan tiket F1 kat aku secepat mungkin!!
Wednesday, March 25, 2009 | 1 Comments
Sharbat Gula..Keunikan Pada Tenungannya.
Sharbat Gula, dan aku..
Aku sangat minat dokumentari, n' segala rancangan yang membina minda mcm National Geographic, Discovery Channel, Mega Stuctures, Weaponology, Myth Buster n' mcm2 lagi lah..
Satu masa dulu waktu darjah 5-6, slalu layan slot National Geographic (NG) stp malam Jumaat, TV3.. Macam2 lah NG paparkan, dari binatang mcm semut sampailah ke bintang di angkasa lepas. Dalam banyak2 episode, ada satu episode dalam NG yang memaparkan satu fotograf yang boleh diconsiderkan sebagai 'foto yang agung'..pasal kehidupan sorang budak pelarian dari Afganisthan, Sharbat Gula.
Waktu tu, aku x paham kenapa lah gamba budak ni jadi perbualan n' topik hangat satu dunia.. Waktu tu aku buta seni fotografi! N' tak tau pape pn pasal seni fotografi..
Now, aku start berjinak2 ngan seni fotografi semenjak kat UPM lagi n' setelah 'kamcing' ngan 'hardcore2' DSLR Kolej 14, Gaban n' Sin Can.. Diorang introduce aku ke dunia DSLR n macam2 info aku tau pasal DSLR.. Sket2 aku minat.. Aku start search photo yg best2 dari National Geographic, n' aku terpandang wajah garang Sharbat Gula..n' ia membuatkan aku bertanya balik 'apa yang istimewa dgn Sharbat Gula neh??'
Pada December 1984, ada berlaku perang saudara antara Soviet Union (komunis) n' pejuang Islam Afganistan (mujahidin). Akibat perang, beribu2 pelarian Afganistan neh menuju ke sempadan Pakistan utk menyelamatkan diri. Pada masa yang sama NG photographer, Steve McCurry sedang bertugas buat liputan perang kat sana n' pada satu hari dia pergi ke satu khemah yang berfungsi sebagai 'sekolah perempuan'.
Setelah filem tu diproses, apa yang terhasil adalah satu gamba yang tersangat 'rare'!! Seorang budak perempuan, pelarian pulak tu..sedang merenung dengan pandangan mata yang tersangat tajam. Dengan warna iris matanya yang hijau, tenungannya semacam menceritakan kesengsaraan yang mereka lalui dan kekuatan serta keazaman diorang utk terus hidup! Bertambah lah saham gambar neh!! N' gambar neh telah dijadikan 'cover-page' ntok majalah NG, keluaran June 1985.
Kisahnya sekarang..
Now, baru aku paham kenapa gamba Sharbat Gula neh sangat mahal!! n' aku kongsi cerita neh ngan gaban n' s. can sahaja, or sesapa yang berminat ngan seni fotografi..Coz kalu aku sembang ngan Paan n Khai..Diorang cuma nganga, langsung x 'menyaport' aku..Memang bunbun!!
- Aku teringin ada DSLR sendiri!
Tuesday, March 24, 2009 | 1 Comments
Liverpool Menang Lagi??
Lately, Liverpool memang x boleh blah. 'Kepoweran' team neh memang membuatkan aku hangin.. Aku akui, Liverpool makin meningkat (disebabkan MU, Arsenal n Chealsea kasi chance...Hahahaha)..
Actually aku x la anti Liverpool, suke..sbb ada 'Spanish-connection' kt team neh..Ada Reina, Torres, Alonso, n Riera.. Cumenye aku neh lebih kepada Arsenal.. Hahaha.. Masalah aku ngan Liverpool neh lebih disebabkan masalah peribadi.. Stp kali ada gem Liverpool, mesti aku akn bgado ngan seorang Yang Berhormat Buncit (YB Buncit). Gila2 lah dia sokong Liverpool.. Tang Liverpool memang langsung xde cacat celanya..Free kick lawa lah, crossing power lah, penalty taken mengancam lah..sumenye perfect kalu Liverpool main..Huh!!
Situasi pergaduhan lebih memuncak waktu Liverpool kalahkan Real Madrid 5-1!! Bunbun.. Real Madrid, team yang aku poja smenjak zaman skola lagi.. kalah bodoh ditangan Liverpool...Satu kebodohan yang x boleh blah.. N Yang Berhormat Buncit Ketawa Berdekah2..Hampess!! Aku tertekan!!
Match-Draw untuk q/f UEFA Champions League dah keluar..Buat kali ke-5 berturut-turut, Liverpool lawan Chealsea lagi..Hmm, aku predict Liverpool bole go-through ke s/final..Aku predict s/final thn ni antara Liverpool vs BARCELONA!!!!!! (Barcelona dgn mudah boleh kalahkan Bayern Munich 9-0).. N aku bajet, Barcelona akan memadamkan kata-kata bongkak seorang Yang Berhormat Buncit. Hahahahaha...
Monday, March 23, 2009 | 0 Comments
Minggu Yang Menyeksakan..Menyetelkan tender!!
Nway, aku still beruntung coz dapat boss yang sengal2 ubi, hepi go lucky...even duit dia berjuta2, tapi dia x mara2...hepi dpt keje ngan boss cina macam dia..very kind, very humourous, no stress, no pressure!! Even keje membukit!! Mr. Yap, vr good example from u!! hahahaha...
- SMK Tunku Anum, Jitra.
- SMK Mutiara Impian, Seberang Prai.
- SMK Syed Hassan, Kangar.
- SMK Zaaba, K. Pilah.
- SMK Seri Kota, Melaka.
- SMK Tun Hussein Onn, Kluang.
- SMK LKTP Ulu Belitong, Kluang.
- SMK Seberang Temerloh, Pahang.
- SMK Bukit Nenas, Setiu.
- SMK Putra, Kota Bharu.
- SMK Dato' Peter Majountin, Penampang, Sabah
- SMK Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak.
- SMK USJ23, Subang Jaya.
- SMK Gunung Rapat.
Semua serah kat aku!! Boss? hehehe...dia x tau apa2..dia tau untung saja!! Hati neh membara kalu mengenangkan keuntungan yang bakal dia dapat hasil kerja tangan aku neh...
Saturday, March 21, 2009 | 0 Comments
Hajjah Hadijah...tenang ye ibuku sayang..
Dedicated to my moms:
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Sunday, March 08, 2009 | 0 Comments
Barca bagai sudah hilang arah
MADRID: Ia lebih kepada persoalan mengenai bila, berbanding jika, Barcelona akan memenangi kejuaraan liga bola sepak Sepanyol musim ini tetapi mereka sudah hilang arah kebelakangan ini dengan hanya mengutip satu mata daripada sembilan perlawanan.
Kini terdapat persaingan kejuaraan sebenar dengan Real Madrid.
Barcelona mempunyai kelebihan selesa 12 mata ke atas Real pada 15 Februari lalu tetapi jurang itu sudah mengecil kepada hanya empat mata dalam tempoh tiga perlawanan dengan Barcelona seri menentang Real Betis sebelum kekalahan kepada Espanyol dan Atletico Madrid.
Real pula sudah menghimpun 10 kemenangan berturut-turut untuk memainkan peranan mereka dan berharap untuk terus mengejar Barcelona hari ini dengan kemenangan setempat ke atas Atletico di Santiago Bernabeu.
“Kami hanya empat mata di belakang pendahulu sekarang dan orang berpendapat tugas kami sudah berakhir, tetapi sebenarnya ia baru bermula,” kata jurulatih Real, Juande Ramos.
Saturday, March 07, 2009 | 0 Comments