feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
DISCLAIMER r@ullazi Menulis Berpandukan Apa Yang Terlintas Difikiran Secara Spontan. Jika Ada Idea Yang Extreme, Sila Abaikan.

F1 2009.. Satu dimensi yang baru..

Labels:


Preview Kete F1 08 vs F1 09



Musim F1 2009 akan bermula tak lama lagi.. N' pastinya peminat2 setia F1 tak sabar nak menyaksikan pemandu kesayangan masing2 berlumba kat di litar. Aku boleh la dikatakan 'die-hard-fans' perlumbaan F1 semenjak 1998 lagi..(waktu tu aku mula start kenal team2 hardcore mcm Ferrari, McLaren..team2 intermediate mcm Steward Ford, BAR Honda, Sauber Petronas, Arrows dan Minardi)..

Waktu blajar kat UPM dulu, aku memang x lepaskan peluang utk menyaksikan F1 setiap tahun.. Menjelang race kat Sepang, jenuh aku mencari 'kabel' utk tiket free kesana-sini..terima kasih kepada kawan2 yang telah menjawat jawatan besar dalam Petronas, MOF, Kementerian2 di Putrajaya, Golf Course...Dapat lah aku nengok F1 dari grandstand dengan tiket yang murah!!

Dari musim 1998 sampai lah ke musim 2008, macam2 peraturan dah dikuarkan FIA ntok memeriahkan lagi saingan F1 neh.. N' kadang2 peraturan tu just dicipta untuk menyekat penguasaan pasukan2 Giant (mcm Ferrari n' M. Schumacher, season 1998-2002). Kadang2, rules diubah untuk keselamatan pemandu, sistem mata, menghalang kebergantungan pelumba kepada teknologi (macam kes larangan menggunakan 'traction-control') n' macam2 lagi..

BMW Sauber 2008

BMW Sauber 2009

Aksi BMW Sauber 2008

Aksi BMW Sauber 2009


Tapi, perubahan rules yang paling obvious adalah untuk musim 2009 neh..Macam2 penambahan dari segi teknikal dan tektikal dibuat..N' menjadikan permulaan saingan F1 2009 di Litar Melbourne, Australia satu debaran (utk peminat loyal F1 sahaja..) Antara perubahan yang paling ketara adalah:
  • Aerodinamik
- Sayap depan direndahkan kpd 75 mm (dari 150 mm) dan dilebarkan kpd 1400 mm - 1800 mm (sama lebar dengan kereta).

- Sayap belakang ditinggikan sehingga 150 mm dan dipendekkan kpd 750 mm - 1000 mm.

- Sayap yg mengaruhkan udara kedalam radiator, winglets, chimney jugak diubah kepada lebih kecil.

- Diffuser di belakan kereta dibuat lebih panjang dan lebih tinggi agar ia dapat mengurangkan 'downforce'.

- Perubahan aerodinamik ini secara signifikan mengurangkan 'downforce' yang dihasilkan sewaktu kereta bergerak laju.


  • Tayar
- Tayar slick diperkenalkan semula selepas 10 tahun.

2008-Grooved tyres

2009- Slick Tyres

  • Kinetic Energy Recovery Systems (KERS)
- Berfungsi macam NOS dalam game Need For Speed-Underground. Tenaga berlebihan yang dijana dari proses 'braking' disimpan oleh KERS (melalui flywheel mekanikal atau bateri)..n' kemudian boleh digunakan oleh driver untuk mendapatkan tenaga tambahan/booster.. (power yang digenerate boleh mencecah 80hp!!) Tetapi hanya untuk jgkamasa 7 saat/lap.

  • Enjin
-Putaran enjin (RPM) dikurangkan dari 19000 kpd 18000
-Pelumba cuma boleh pakai 8 engine sahaja utk satu season.


Bnyk lagi sebenarnya perubahan yang dibuat.. tapi 3 perubahan yang diatas cukup utk menunjukkan betapa F1 2009 sangat lain dari tahun yang lepas.. So, bagi kita peminat setia F1, harap satu saingan yang best n mendebarkan utk season 2009 nanti..

;)

RAUL-Enor, tolong konfemkan tiket F1 kat aku secepat mungkin!!



1 comments:
gravatar
Anonymous said...
April 20, 2009 at 11:36 AM  

apsal kete f1 08 lagi best haa dari 09. nampak lg mantap. aku tgk f1 ni cm nk tejun design ke a1 je. haha

Post a Comment